Search Engine Submission - AddMe Selamat Datang ke Blog Derick Lew: 06/01/2010 - 07/01/2010

Click Here Friends

Monday, June 28, 2010

Ebay dan Paypal perlu Kad Visa...kenapa..?

Ebay dan Paypal perlu Kad Visa...kenapa..?

Dalam bab ini saya terangkan sedikit tentang kad visa..


Adalah benar bahawa jika anda tidak mempunyai satu kad visa, anda tidak berupaya menyenaraikan produk-produk anda dalam ebay dan Paypal pula tidak dapat menerima mata wang asing spt USD, segala urusniaga perlu menggunakan paypal.

Salah satu daripada kad visa yang saya pakai ia itu Kad Debit Visa Electron Public Bank, Kegunaanya untuk verify akaun ebay dan PayPal, setelah verify barulah boleh menjual produk-produk anda di ebay.


Kepada yang berminat tu apa yang perlu anda lakukan sekarang senang sajaaaa ..

1.Pergi Public Bank ~Apply Kad Debit Visa Electron public bank

2.Sudah ada kad ~ Buka internet pergi paypal.com -> Daftar, dalam proses daftar dikehendaki masukkan nombor kad visa (nombor yang tertera di hadapan kad) dan lagi 3 nombor di belakang kad (nombor itu di sebelah signature anda) itu juga perlu dimasukan. Setelah habis daftar tuggu penyata sampul surat dari Public bank dalam 30 hari. Utuk apa?

3.Dapat penyata dari public bank ~ Dalam penyata itu terdapat 3 atau 4 digit nombor ( sudah tak ingatlah berapa digit nombor yang pasti 3 atau 4 digit ). lepas tu buka semula internet pergi paypal.com --> masuk akaun (sign in) --> Masukan nombor itu saja.. Bermakna akaun anda telah verify.

4.Pada masa yang sama pergi ebay.com.my (Jika Malaysia .my, singapore .sg ), kena daftar dulu maklumat tentang anda, akhir sekali Cari dan click Perkataan LINK Ebay dengan Paypal. Bermakna akaun ebay anda telah pun verify bersama dengan paypal.

o.k sampai di sini dulu..tata..jumpa lagi.. 

Sunday, June 27, 2010

Apa itu Ebay ?? Apa itu Paypal ??

Sebelum ebay atau paypal kenal kita, kita mestilah kena kenal mereka dahulu sebelum membuat perniagaan internet online..


Apa itu Ebay ?
Ebay adalah sebagai orang tengah di antara penjual dan pembeli yang perlu membuka akaun untuk transaksi jual beli .
Ebay adalah merupakan pusat jual beli dan lelongan secara ONLINE yang sangat popular, macam-macam produk di jual didalam spt gelang tangan, pakaiaan, bag, kasut dan macam-macam lagi, segala urusniaga mengguna matawang USD, selepas buat pembelian dikehendaki buat bayaran dahulu dengan Paypal, selepas penjual menerima bayaran dari pembeli dan barang tersebut akan mengirimkan melalui Air Mail di pejabat pos sehingga barang itu sampai ke alamat penerima.
Setelah anda rigister, anda boleh menjual apa sahaja produk anda di Ebay tetapi Akaun Ebay dan Paypal Perlu Diverified sebelum boleh menjual barangan.


Apa itu Paypal ?
paypal adalah orang tengah di antara pembeli dan penjual yang perlu membuka akaun di paypal.
Paypal menerima pembayaran melalui kad kredit atau debit daripada akaun pembeli seperti akaun bank. kemudian paypal buat bayaran masuk ke akaun paypal pembeli dan duit dalam akaun itu boleh ditranfer masuk ke mana-mana bank malaysia .

Perniagaan internet dalam ebay ini adalah tidak sukar,yang penting adalah strategi jualan .sesiapa yang hendak mencuba tu boleh lah try dulu baru tahu bagaimana ebay berfungsi.

saya sendiri seller di ebay,telah tahu selok belok berniaga di ebay, pada masa akan datang saya akan memberikan tips-tips tentang ebay ni..

Harap berjumpa lagi..Tata






Saturday, June 26, 2010

cerita pasal Ebay saja banyak orang malaysia telah berjaya buat duit beribu-ribu sebulan ,bunyinya sedap bagaimana ebay boleh buat duit...yang tak tau tu click ini EBAY, setelah menjadi ebay seller jual sesuatu produk untungnya bukan dari currency RM tetapi daripada currency USD,cuba lihat tukar currency USD 1 : RM 3.2505 huh..bezanya tiga kali ganda apabila tukar balik RM, betul-betul lumayan..di sinilah Point yang saya katakan banyak seller telah dapat buat duit beribu-ribu Ringgit dari Ebay.
saya sendiri seller di ebay,telah tahu selok belok berniaga di ebay, pada masa akan datang saya akan memberikan tips-tips tentang ebay ni..


setakat ini saja, sambung lagi masa akan datang.. Thanks